Biografi Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim. 

• Waktu lahiran : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenal sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka’bah).

• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan ayah Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah
As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Usia 5 Tahun
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bisikan syaitan yang ada di dalam hatinya.
Usia 6 Tahun
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan ayah Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakeknya Abdul Muttalib.
Usia 8 Tahun
• Kakeknya, Abdul Muttalib juga meninggal dunia.
• Baginda Nabi SAW kemudian diasuh lagi oleh ayah saudaranya, Abu Talib.
Usia 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama ayah saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Basrah, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahiro (Buhairo) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 20 Tahun
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, hal 184-187 menyatakan pada  ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan sebagai mengumpulkan anak-anak panah saja.
• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
Usia 25 Tahun
• Bermusafir yang kedua ke Syam atas urusan perniaga’an barang-barang Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki pesuruh Khadijah.
• Baginda Nabi SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang ayah saudaranya yang lain pergi bertemu Amru bin
  Asad (ayah saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 Tahun
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka’bah.
• Pembinaan semula Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemulia’an untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertikaiyan berhubung peletakan batu tersebut.
Usia 40 Tahun
• Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53 Tahun
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Baca selengkapnya…
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
Usia 63 Tahun
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Istri-istri Rasulullah SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Sofiyah Binti Huyai bin Akhtob.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).
11. Juwairiyah binti Al-Haarits
Untuk melihat secara detai Istri beliau Nabi SAW silahkan lihat (baca : Berapa Istri Rasulullah)
Anak-anak Rasulullah SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘